Friday, February 27, 2009

Bab 3


Duhai hati, bersabarlah. Ini dugaan yang kau perlu hadapi. Fikir yang positif sahaja, jangan biarkan syaitan merajai jiwamu itu. Tahan Iman, tahan..Jangan biar air matamu itu gugur.

Astaghfirullah, Astaghfirullah

Kuatkan hatimu Iman Najihah, Allah bersama-sama dengan orang yang benar. Air mata yang di tahan akhirnya tumpah jua jatuh ke pipi. Tidak tahu salah siapa, mahu salahkan Muzammil atau salah diri sendiri. Malu, sungguh aku malu di perlakukan begitu. Tangan cepat-cepat mencari tisu di dalam beg sandangnya untuk mengelap pipinya yang basah dengan air mata. Tarik nafas Iman Najihah. Tarik. Hembus.Tarik. Hembus.

“Iman, kau okey ke? Aku dengar kau kena marah dengan Muzammil? Betul ke?” Tanya Suhaida sebaik sahaja mengetahui lokasi di mana aku berada. Tahu saja Suhaida ni kat mana aku pergi.

“Okey je, jangan risau.” Balasku dengan senyuman, sedaya upaya menutup resah di hati.

Kau janganlah nak sorok-sorok dengan aku, semua majlis tertinggi nampak kau kena tengking dengan Muzammil. Siap dia lempar kertas proposal kau lagi, betul kan?”

Iman tersenyum, mengingatkan kembali peristiwa tadi, cukup membuatkan dia terasa malu, proposal tu sepatutnya bukan aku yang buat, tapi..

Mataku menjeling kea rah Suhaida yang memandangku tanpa penat.

“Tak ada apa-apalah Suhaida, aku okey.” Jawabku cuba menyenangkan hati SUhaida.

“Okeylah, aku nak balik bilik dulu, nak ikut tak ni, ke ada date dengan siapa-siapa?” Tanyaku cuba menukar topik.

“Hurm, Iman! Janganlah simpan sorang-sorang.” Marah Suhaida.

“ Bagi aku peluang untuk tak nak kongsi apa yang aku rasa sekarang kat sesiapa, aku harap sangat kau mengerti perasaan aku masa ni.Aku Cuma nak bersendirian dan tidak ada sesiapa yang akan ganggu aku.Boleh kan?” Akhirnya, terlafaz jua apa yang sesak di hatiku.

Tanpa sempat Suhaida membalas apa-apa, aku mengucapkan salam padanya tanda aku ingin beransur dan akan meninggalkannya.

Maafkan aku Suhaida, andai kata-kata aku tadi menyebabkan kau terluka. Aku resah bersama dengan kesedihanku sendiri. Peristiwa tadi cukup menyebabkan aku rasa rendah diri. Aku tidak mampu memandang sesiapapun kerana aku berasa sangat malu. Hujan menuruni, tanda memahami apa yang ada di hatiku.Tuhan..kaki melangkah lemah menuju ke Qaryah. Menjalani kehidupan dengan langkah yang amat penat. Sungguh, minggu ini adalah minggu yang banyak kejutannya.

“Iman Najihah, proposal yang saya minta semalam dah siap?” Tanya Muzammil tanpa memandangku. Aku terkesima, terkejut dan menggelabah tak tentu hala. Aduyai, proposal yang dia minta belum di siapkan sepenuhnya lagi, aku cuba berusaha untuk menyudahkan kerja orang lain.

“Errr, dah siap separuh” balasku tanpa memandangnya juga.

“ Sampai mana siap” Tanya Muzammil kembali, tanpa melihatku juga, apalah yang ada dalam buku diarinya itu sehingga tidak ingin memandangku walau sekejap. Galau hatiku, terasa aka nada sesuatu yang akan terjadi nanti.

“Hurm, by the way, ini bukan kerja saya, saya hanya menyiapkan kerja ini tanpa saya tahu apa yang patut saya masukkan dalam proposal ini. Lokasi tempat perniagaan yang di cadangkan pun saya tidak tahu.” Balasku berani. Argh peduli apa, janji aku cuba menangkan diri tanpa ada rasa bersalah. Seperti yang sudah ku jangka dari tadi, Muzammil memandangku tanda dia terkejut dengan jawapanku. Ya sudah pasti dia terkejut dengan jawapanku. Aku menelan air liur untuk menghilangkan gemuruh. Allah, Rabbi yaseer wala tu Aseer ya Karim.

“Boleh saya tengok sampai mana kertas kerja yang Iman siapkan” Pinta Muzammil. AKu cepat-cepat menghulurkan kertas yang aku print tadi, sebenanar aku sendiri konfius, kenapa aku pelru print kertas ni, padahal selalunya dah siap sepenuhnya barulah aku print.

Setibanya kertas itu sampai ke tangan Muzammil. Tuhan, apa dosaku sehingga di malukan begini, kertas yang ku beri tadi melayang tinggi terjatuh di depan mukaku tanpa aku sempat berbuat apa-apa. Mak.. malunya aku. Tindakan reflek yang cukup pantas, aku bangun dan terus berlalu pergi tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulutku.

“Sudah berbuat salah, tapi tidak mengaku. Manusia apa begitu, menipu. Bukankah menipu itu tergolong daripada manusia-manusia yang munafik?” Terngiang-ngiang di telinga apa yang di cakapkan Muzammil tadi. Siapa yang menipu, aku tak menipu, memang proposal tu belum siap, aku cakaplah belum siap. Air mata tumpah lagi. Aku bukan manusia munafik..

Deringan telefon genggam mengejutkan ku, Tanganku laju mengesat air mata di pipi. Nama Ibu ku sayang tertera di skrin telefon gengganku. Deringan telefon seakan-akan mengerti jerti hatiku.

Iman cepat-cepat melangkah mendapatkan telefon genggamnya di hujung bantal di katilnya. “Assalamualaikum!” Panggilan telefon di jawab dengan sopan supaya pemanggil senang dengannya, itulah yang sering di ajar ibunya. Bercakap biar sopan, itulah budi bahasa orang-orang melayu. Dalam agama pun memang di tuntut.

“Ibu..ibu sihat?”

“Waalaikumussalam! Sihat,Ji sihat tak?”

“Sihat alhamdulillah”

“Balik tak hujung minggu ni?” Tanya Mak Zaiton

“Mak kiah kamu adakan kenduri kesyukuran, nak sangat jumpa Ji. Katanya dah lama tak tengok Ji.” Tambah Mak Zaiton.

“Dah lama tak tengok Ji? Ish ibu menakutkan je, Ji tak nak kahwin lagi lah Ibu” dengan nada lucu aku menjawab.

Lah budak bertuah ni, ke situ pula yang di fikirkannya. Marah Mak Zaiton di ikuti ketawa di hujungnya.

“ Ji gurau je lah mak! Tengoklah nanti, Ji tak janji, takut-takut pihak kolej adakan majlis ilmu. Rugi pula kalau terlepas” Jawab Iman berhati-hati, risau jika kenyataannya mengguriskan hati orang tuanya.

“Yalah..Apa-apa berita, jangan lupa beritahu ibu ya, Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam Ibu”

Terima kasih ibu, saat getirku terasa berkurang tika mendengar suara Ibu. Ibu kau penyejuk hatiku. Dia bersyukur kerana Ibunya tidak mengesan apa yang bermain di mindanya. Risau juga takut-takut suaranya yang serak-serak akibat banyak menangis menyebabkan Ibunya perasan.

Ibu, anakmu dalam duka..

Bab 2

“Iman, Ustaz Ubadillah nak jumpa awak petang ni. Dia pesan pada akak tadi” Beritahu khadijah.

Ni nombor bilik ofis Ustaz Ubaidillah, dia dah pindah oofis. Tambah Khadijah lagi lalu menghulurkan sekeping kertas yang tercatat nombor bilik pejabat Ustaz Ubaidillah.

“Err… ustaz nak apa ya kak.. rasanya semester ni ustaz tak ajar Iman apa-apa subjek pun..”

Iman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Ala pergi sajalah dik, adalah hal tu, okeylah Iman, akak ada usrah ni, pergi dulu ya.”

Khadijah dengan tergesa-gesa meninggalkan Iman Najihah.

“Ya lah kak.. Assalamualaikum”..sambil menggeleng-gelengkan kepala..

“Datang tak bersalam..pergi pun tanpa salam..” rungut Iman.

Tiba-tiba dia teringat pada kawan kelasnya, Suhaida. Mesti dia teruja untuk tahu mengenai pertemuan aku dengan ustaz pada petang nanti. Iman tersenyum sendirian bila teringatkan satu adegan.

„Iman, aku rasa aku sebenarnya dah jatuh hatilah..”

“Hah? Biar betul Suhaida, kau jangan lah buat lawak biawak siang-siang buta ni. Dengan siapa? Fahmi ke?” tanya Iman seakan meragui sikap Suhaida. Dulu bukan main lagi menolak budak Fahmi tuh, tak hensem lah, tak macholah.

“Ish, betullah.. tapi bukan Fahmi, dengan Ustaz Ubaidillah lah.”

“erk dengan Ustaz Ubai??, terkejut Iman bila mendengar pengakuan Suhaida.

“Ah janganlah kau nak merepek, ustaz itu hensem sangatlah, tak sesuai untuk kau,” Iman menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah pada Suhaida. Sekali sekala biar aku pula yang menyakat Suhaida.

Oit Iman, mulut.. tak ada insuran langsung.” Rungut Suhaida, geram di perlekehkan. Suhaida memanjangkan muncung mulutnya tanda protes dan geram pada Iman. Terkekek-kekek Iman menahan gelak,rasa nak terguling-guling bila tengok muka Suhaida pada saat itu. Mesti panas sangatlah tu sebab dah kena kutuk dengan aku.

“Lagipun kesian lah kat Fahmi, diakan suka sangat pada kau, kan hari tu dia bagitahu kau dia sanggup nak masuk merisik kau kalau kau bagi kata putus untuk terima dia,” tambah Iman panjang lebar. Geram pula Iman dengan sikap Suhaida yang suka sangat mengejar sesuatu yang tak pasti.

“Jangan syok sendirilah Suhaida, nanti badan binasa.” Ujar Iman lagi.

“Alah kau ni, aku gurau sajalah, itupun nak melenting,” balas Suhaida membela diri.

“Atau kau sebenarnya cemburu kalau aku sukakan ustaz tu dan ustaz tu pun ada perasaan pada aku” duga Suhaida.

“Eh, ke situ pula minah sorang ni.. dah lah Suhaida, kau nak sangat ustaz tu, ambil lah. Janganlah nak libatkan aku pula.”

‘’Kenapa perlu marah Iman, kalau tak suka tak apalah” Bidas Suhaida. ‘’Ada peluang lah aku nakkan ustaz tu.” Tambah Suhaida sambil tersenyum-senyum

“Ish” Iman menggeleng-gelengkan kepalanya. “Ustaz pun kau nak suka. Apalah Suhaida ni.”

*******************************************

Assalamualaikum ustaz..

“Waalaikumussalam..Haa jumpa pun kamu,” dapat pesanan saya dari Khadijah? Tanya ustaz.

“Inilah yang saya nak jumpa ustaz ni, tadi dah pergi ke ofis ustaz, ketuk punya ketuk pintu, takda sesiapa yang menjawab., tak sangka pula jumpa ustaz kat cafe ni. Ustaz ada apa-apa hal ke nak jumpa saya.”.tanya Iman.

Ustaz hanya tersenyum sambil tangan menyeluk ke dalam kocek seluarnya. Iman Najihah, pelajar terbaik fakulti. Namanya sentiasa di sebut-sebut oleh pensyarah. Sebut sahaja Iman Najihah, pasti ramai yang akan mengkaguminya. Tidak hairanlah kalau ramai pelajar-pelajar lelaki sering merisik namanya.

“Nah, ini ada orang suruh sampaikan pada awak” Ustaz Ubaidillah menghulurkan sepucuk surat kepada Iman.

Terpinga-pinga Iman melihat surat yang di beri oleh Ustaz Ubaidillah.

“Aih ustaz, sekarang dah zaman globalisasi, masih ada yang nak besurat-surat ya?” sempat Iman bergurau untuk menghilangkan resah di hatinya. Iman tidak gemar akan situasi yang sebegini. Siapa yang gatal-gatal suruh ustaz sampaikan surat ni, buat malu aku saja. Hari tuh dah dapat sepucuk, ini sepucuk lagi.

Ustaz hanya tersenyum, “ jangan tanya siapa yang bagi surat ni pada awak,” ujar ustaz ubaidillah.” okeylah Iman.. saya ada kelas ni,” mata ustaz menghala ke arah jam di tangannya lalu meninggalkan iman tanpa dapat iman bertanya selanjutnya.

Matanya hanya mampu melihat kelibat Ustaz Ubaidillah menghilang dari pandangan, dan tangannya cepat-cepat menyimpan surat yang di beri oleh ustaz tadi ke dalam fail. Nanti-nantilah aku baca.

***********************************************

Iman menutup pintu biliknya sebaik sahaja melihat sahabatnya Suhaida menghilang dari pandangan. Dia melangkah ke katilnya, teman-teman biliknya khusyuk menelaah pelajaran.

Iman cuba melelapkan matanya. Dia merasa mengantuk setelah penat seharian menguruskan program selembar sayang di pusat konvensyen uiam. Namun tidurnya yang baharu tiga minit di kejutkan oleh deringan lagu Tasya dan Duta telefon genggamnya.. siapa pula yang mesej malam-malam buta ni. Nak tidur pun tak senang. Terpapar sebaris ayat dari nombor yang tidak di kenali.

“Sudah baca surat ana, harap enti sudi terima”

Erk.. siapa ni? Salah nombor ke ni. Ada sajalah ulahnya bila aku ingin tidur dengan senang.

“Salam, maaf ana belum membacanya, dan boleh ana tahu siapa enta?” Balasku, aduh nak ber “enta” “enti” pula, lemah betul. Pak Arab mana yang mesej aku malam-malam ni.

Beberapa saat kemudian, balasan sms nya di terima.

“Bacalah sekarang” arahnya

Aduh, siapa pula ni.Ah malaslah nak melayan! Iman cuba memejamkan matanya. Cuba di lelapkan kembali tetapi gagal. Mindanya melayang-layang ke arah surat yang di terimanya petang tadi dan hari, perlu ke aku bagitahu Suhaida pasal surat tu. Kecoh pula Suhaida tu nanti. Tak pasal-pasal satu Qaryah ni tahu ada orang bagi surat kat aku. Iman mengeluh keberatan, siapalah gerangan lelaki yang tidak gentleman tu, kenapa perlu melibatkan Ustaz Ubaidillah dalam soal begini. Sungguh memalukan.

Bab 1

Ketukan pintu bilik yang bertalu-talu mengejukkan lamunanku,namun kaki malas bergerak dan mengharapkan Suzila ataupun Rabiah sahaja merangkap teman sebilik yang membuka pintu untuk tetamu tanpa di undang itu.

“Kak” satu suara memanggilku

Pandangan mata yang terarah ke laptop beralih tempat, memandang empunya suara dan aku tahu suara itu milik siapa, suara Rabiah.

“Kenapa Bya?”Tanyaku pantas.

“Nah,” jawabnya bersama huluran tangan yang memegang sepucuk surat.

Mukaku tidak beriak, namun tangan cepat saja mengambil surat yang di hulurkan oleh Rabiah.

“Terima kasih’’ jawabku

“Surat siapa tu kak? Pakwe ya?” Senyumnya terukir menunjukkan gigi yang cantik tersusun.

“Aduyai, Bya.Ada-ada saja.”Jawabku menafikan apa yang di fikirkan oleh Rabiah itu.

Iyalah tu.” Ejek Rabiah bersama dengan jeliran lidah dan dia berlari pergi meninggalkan aku tatkala tanganku sudah bersiap sedia ingin membaling bantal kecilku.

“Tahu takut” Senyumku dan menggelengkan kepala beberapa kali.

Tanganku pantas membuka lipatan surat yang beri tadi. Fikiran cuba meneka surat ini dari siapa dan untuk apa surat ini di berikan padanya. Bukankah sekarang teknologi sudah maju, baru sebentar tadi aku menggunakan telefon genggamku untuk bermesej dan orang ini menggunakan langkah untuk mengutuskan surat saja. Fikirku, mungkin dia tidak tahu nombor telefonku barangkali.

Hai kawan jangan takut jangan resah,” deringan telefon genggamku bergetar sekali lagi. Aku hanya membiarkan sahaja telefon genggamku. Malas melihat apakah kejutan yang bakal berlaku lagi. Uhh, hari ini pelbagai kejutan yang terjadi dan aku sudah penat.

Getaran telefon bimbit ternyata lama, jika tadi hanya deringan untuk mesej tapi kali ini ia merupakan panggilan. Hurm, baru saja nak baca surat ni, keluhku. Kaki laju mengambil telefon genggamku yang terletak dalam almari.

Panggilan dari Suhaida rupanya, lantas tanganku menekan butang hijau.

“Assalamualaikum Iman,.”Terdengar satu suara di talian sebelah sana.

“Waalaikumussalam, ya kenapa? Tanyaku cepat.

“Kau dah siap belum, kita ada meeting malam ni pukul 9 malam. Aku dah kat bawah ni tunggu kau.” Jawab Suhaida.

Astaghfirullah, aku terlupa lagi, ada meeting bersama badan Gerakan IMAM malam ini.

“Iman..” Jerit Suhaida dari talian sana.

“Ya, aku dengar..aku tengah siap lah ni. Bagi aku 10 minit ya, kau pergi dulu tau, jangan tunggu aku, nanti kau lambat” balasku cepat.

“Okey, aku pergi dulu, Assalamualaikum” Suhaida manamatkan talian tanpa sempatku membalas salamnya.

Sebetulnya memang hari itu penuh dengan kejutan dan di sebabkan itulah Iman kelam kabut memakai kasutnya, kakinya laju menuju ke bilik gerakan persatuan Gerakan IMAM yang berada di blok Akedemik di tingkat 3, perjalanan ke sana memakan masa 15 minit, sepatutnya dia sudah berada di sana. Resah hati Iman Najihah menuju ke bilik gerakan. Terasa jauh perjalanannya untuk tiba di sana secepat mungkin. Dia perlu berterima kasih pada Suhaida kerana menelefonnya tadi, kalau tidak pasti dia akan terlupa untuk menghadiri mesyuarat itu. Tergesa-gesa Iman Najihah mengetuk pintu bilik gerakan tanpa menyedari ketukan Iman sebenarnya seperti mahu merobohkan pintu itu. Mesti mereka semua sedang menungguku, Iman sempat mengerling ke arah jam di tangannya, lewat setengah jam, apa yang perlu aku jawab pada pengerusi nanti. Gugup resah hati Iman, peluh memercik dingin ke mukanya. bukannya dia tidak kenal siapa pengerusinya, seorang yang sentiasa menepati masa. Habislah aku kali ini.

Pintu di kuak, tanpa sempat berkata apa-apa.

“Waalaikumussalam!” jawab suatu suara..

Erk aku ada bagi salam ke tadi, alamak! Kan dah kena perli, tu lah Iman sapa suruh kau ketuk pintu tu kuat-kuat.

‘’Assalamualaikum! Maaf saya terlambat.”

Iman hanya menundukkan mukanya, takut untuk melihat mata-mata yang memandangnya. Barangkali ada yang bengang atau marah dengannya.

‘’Iman, cepatlah duduk! Meeting dah nak mula” celah satu suara lagi. Iman mengangkat mukanya perlahan-lahan, Suhaida tersenyum mesra memandangnya sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah kerusi kosong di sebelahnya yang memang di sediakan khas untuk aku. Aku tengah gelabah boleh pula dia senyum-senyum. Iman berjalan perlahan-lahan menuju ke kerusi di sebelah Suhaida. Ada yang berbisik-bisik sambil memandangku, hanya pengerusi sahaja yang merenung tajam, mungkin tidak senang dengan kelambatanku

“Okey memandangkan orang yang kita tunggu sudah tiba, marilah kita mulakan mesyuarat ini, atau ada sesiapa lagi yang perlu kita tunggu?” Tanya pengerusi kepada semua.

“Ermm sindir aku lah tuh” rungut Iman tapi hanya terluah di dalam hati sahaja.

“Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian” tambah pengerusi lagi.

Dia sindir aku lagi, Muzammil! Muzammil! Dialah lelaki yang menjadi kegilaan anak-anak gadis di Kolej, percakapannya penuh dengan makna tersirat, jarang sekali untuk bercakap banyak, hanya senyuman yang terukir setiap kali menjawab persoalan teman-temannya.

“Suhaida, terima kasih sebab call aku tadi”.

“Saya tak suka kalau saya bercakap di depan ada yang berbisik-bisik di belakang!” Tegas suara Muzammil Suffian memberi amaran.

Suara bisikan ku segera mati, aku hanya mampu menahan rasa malu bila di tegur sekali lagi.

Sabar sajalah duhai hati.

Tepat jam 11 malam, mesyuarat bersurai aku bergegas-gegas bangun untuk meninggalkan mesyuarat itu. Malas menunggu Hidayah, pasti pelbagai soalan yang di tanya nanti. Belum sempat kaki ku melangkah meninggalkan bilik itu..

“Iman” panggil satu suara.

Aku memalingkan muka ku ke arah itu. Glurrrppp getar hatiku semakin laju, apa yang Muzammil nak pada aku ni. Mataku segera melirik pada Suhaida untuk menolongku. Haa tu pun dia, tapi hanya senyum mengejek saja yang terbit dari memek muka Suhaida. Saja nak mengenakan aku.

“Err.. err….ya saya!” jawabku gugup..

aisshh Iman Najihah, kenapa kau perlu takut pada Muzammil pula, pujuk hatiku.

“Proposal pasal pembukaan kedai dekat masjid tu dah siap?” Tanya Muzammil memandangku.

“Hah? Aku ke yang ke buat proposal tuh..” tapi tak terluah dek percakapan

“Dah!” jawabku..alamak, kenapa jawapan ini yang keluar pulak dari lidahku..habislah aku.

“Saya nak proposal tu esok petang” arahnya dan terus meninggalkan ku tanpa ucapan salam.

“Sombongnya..” detik hatiku

“Hah kenapa muka kau macam jumpa hantu?” sergah Suhaida

“Erk..terkejut aku..wei bagi la salam.. kau ni sama je macam MUzammil tu.” Rajuk Iman.

Suhaida tersengih, “ala dapat jumpa mamat sebijik macam Brad Pitt pun kau gelabah.”

Brad Pitt?? Siapa..? tanyaku hairan..

“Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu” Suhaida berpantun.

Iman menjulingkan mata.. “Siapa? Nak berpantun pula”

“Muzammil la mangkuk!”

“Mangkuk? Siapa yang mangkuk?”cerlangku pada Suhaida.

“Marah nampak?” ucapnya dalam ketawa.

“Muzammil sikit punya macam ustaz kau kata dia macam Brad Pitt” Jawabku terkejut.

“Aik..puji Muzammil nampak, tak pernah pun aku dengar kau puji budak lelaki.” Usik Suhaida, ketawanya masih tidak usai.

Ish geramnya aku dengan Suhaida ni..

“Aku cepuk kau baru tahu,memandai jek la..memang betul pun kan dia tuh baik” belaku.

“Eh, dahla Iman, kau sekarang dah pandai datang lambat ek, pastu dah pandai marah-marah.” Omel Suhaida sambil mencubit lenganku

“Sakitlah Suhaida” jeritku. Tanganku pantas mengosok-gosok lenganku yang terasa perit.

“Jomlah Suhaida, jam dah pukul 11.30!” ajak ku lagi.

Seiringan kami berjalan merentasi padang untuk pulang ke Qaryah tanpa menyedari ada mata yang mengawasi kami pulang.

Pulang ke Qaryah ,teman-teman bilikku semuanya sudah berada di katil masing-masing. Hanya Rabiah sahaja yang ku lihat sedang sibuk menelaah pelajaran. Yang lain apa lagi bergayut dengan buah hati masing-masing lah tu.

“Baru pulang kak?” sapa Rabiah

“A’ah dik” Jawabku malas.

Mataku sudah menunjukkan frasa-frasa mahu tidur. Kaki ku laju menuju ke katil. Fuhh!! Penat sungguh!! Badanku jatuh menghempas tilam. Selamat malam Malaysia.

Prolog

“Hai kawan, jangan takut jangan resah.” Telefon genggamku bergetar bersama deringan lagu Tasya dan Duta, Jangan takut gelap menandakan ada mesej yang masuk dalam inbox telefon genggamku.

"Lepas ni kita jangan mesej dah boleh tak?"

Satu mesej yang di terima menyebabkan gerakan jantungku laju, kenapa pula dengan dia ni, tiba-tiba tak nak mesej dengan aku pula.

"Kenapa?"

Balasan satu perkataan sudah mencukupi untuk aku tahu jawapannya

"Sebab kita tak nak ada orang fitnah hubungan kita, tapi tak bermakna kat facebook, kat friendster dan Yahoo Mesengger kita tak boleh nak berhubung"

"Oh begitu, bagi kita kalau nak mengelak fitnah, kat mana-mana pun tak payah, betul tak?" balasku laju, sebenarnya geram dengan alasan yang kurang logik darinya.

"Okey, janji lepas ni kita dah tak mesej ek?" balasnya pula

Aku hanya mampu diam, perasaan yang mula berputik untuknya terus padam. Ya, aku sebenarnya tak pernah suka padanya. Pujuk hati ini lagi. Biar, mesej yang terakhir itu tanpa balasan, aku takkan pernah berjanji kerana aku tahu satu hari nanti aku akan mesej juga dengannya.

Perkenalan yang senteng tak akan membawa apa-apa makna, tambahan lagi dengan keadaanku yang berjauh beza dengan kehidupannya yang serba lengkap dan teratur. Mengenali dia dan keluarganya cukup membuatkan aku seratus peratus berubah dan kini dia melafazkan kata perpisahan. Apa yang mampu ku lakukan lagi, aku bukan perempuan yang terhegeh-hegeh mengejar pelangi yang tidak akan sampai di hujung jari.

Astaghfirullah, apa yang merepek-repek fikir sampai pelangi pelangi ni. Mataku menjeling ke arah jam yang berada di atas meja belajarku di satu sudut sebelah tingkap. Jam sudah pun menunjukkan 8.30 malam. Berkira-kira mahu ke library ataupun study di bilik saja?