Friday, February 27, 2009

Bab 2

“Iman, Ustaz Ubadillah nak jumpa awak petang ni. Dia pesan pada akak tadi” Beritahu khadijah.

Ni nombor bilik ofis Ustaz Ubaidillah, dia dah pindah oofis. Tambah Khadijah lagi lalu menghulurkan sekeping kertas yang tercatat nombor bilik pejabat Ustaz Ubaidillah.

“Err… ustaz nak apa ya kak.. rasanya semester ni ustaz tak ajar Iman apa-apa subjek pun..”

Iman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Ala pergi sajalah dik, adalah hal tu, okeylah Iman, akak ada usrah ni, pergi dulu ya.”

Khadijah dengan tergesa-gesa meninggalkan Iman Najihah.

“Ya lah kak.. Assalamualaikum”..sambil menggeleng-gelengkan kepala..

“Datang tak bersalam..pergi pun tanpa salam..” rungut Iman.

Tiba-tiba dia teringat pada kawan kelasnya, Suhaida. Mesti dia teruja untuk tahu mengenai pertemuan aku dengan ustaz pada petang nanti. Iman tersenyum sendirian bila teringatkan satu adegan.

„Iman, aku rasa aku sebenarnya dah jatuh hatilah..”

“Hah? Biar betul Suhaida, kau jangan lah buat lawak biawak siang-siang buta ni. Dengan siapa? Fahmi ke?” tanya Iman seakan meragui sikap Suhaida. Dulu bukan main lagi menolak budak Fahmi tuh, tak hensem lah, tak macholah.

“Ish, betullah.. tapi bukan Fahmi, dengan Ustaz Ubaidillah lah.”

“erk dengan Ustaz Ubai??, terkejut Iman bila mendengar pengakuan Suhaida.

“Ah janganlah kau nak merepek, ustaz itu hensem sangatlah, tak sesuai untuk kau,” Iman menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah pada Suhaida. Sekali sekala biar aku pula yang menyakat Suhaida.

Oit Iman, mulut.. tak ada insuran langsung.” Rungut Suhaida, geram di perlekehkan. Suhaida memanjangkan muncung mulutnya tanda protes dan geram pada Iman. Terkekek-kekek Iman menahan gelak,rasa nak terguling-guling bila tengok muka Suhaida pada saat itu. Mesti panas sangatlah tu sebab dah kena kutuk dengan aku.

“Lagipun kesian lah kat Fahmi, diakan suka sangat pada kau, kan hari tu dia bagitahu kau dia sanggup nak masuk merisik kau kalau kau bagi kata putus untuk terima dia,” tambah Iman panjang lebar. Geram pula Iman dengan sikap Suhaida yang suka sangat mengejar sesuatu yang tak pasti.

“Jangan syok sendirilah Suhaida, nanti badan binasa.” Ujar Iman lagi.

“Alah kau ni, aku gurau sajalah, itupun nak melenting,” balas Suhaida membela diri.

“Atau kau sebenarnya cemburu kalau aku sukakan ustaz tu dan ustaz tu pun ada perasaan pada aku” duga Suhaida.

“Eh, ke situ pula minah sorang ni.. dah lah Suhaida, kau nak sangat ustaz tu, ambil lah. Janganlah nak libatkan aku pula.”

‘’Kenapa perlu marah Iman, kalau tak suka tak apalah” Bidas Suhaida. ‘’Ada peluang lah aku nakkan ustaz tu.” Tambah Suhaida sambil tersenyum-senyum

“Ish” Iman menggeleng-gelengkan kepalanya. “Ustaz pun kau nak suka. Apalah Suhaida ni.”

*******************************************

Assalamualaikum ustaz..

“Waalaikumussalam..Haa jumpa pun kamu,” dapat pesanan saya dari Khadijah? Tanya ustaz.

“Inilah yang saya nak jumpa ustaz ni, tadi dah pergi ke ofis ustaz, ketuk punya ketuk pintu, takda sesiapa yang menjawab., tak sangka pula jumpa ustaz kat cafe ni. Ustaz ada apa-apa hal ke nak jumpa saya.”.tanya Iman.

Ustaz hanya tersenyum sambil tangan menyeluk ke dalam kocek seluarnya. Iman Najihah, pelajar terbaik fakulti. Namanya sentiasa di sebut-sebut oleh pensyarah. Sebut sahaja Iman Najihah, pasti ramai yang akan mengkaguminya. Tidak hairanlah kalau ramai pelajar-pelajar lelaki sering merisik namanya.

“Nah, ini ada orang suruh sampaikan pada awak” Ustaz Ubaidillah menghulurkan sepucuk surat kepada Iman.

Terpinga-pinga Iman melihat surat yang di beri oleh Ustaz Ubaidillah.

“Aih ustaz, sekarang dah zaman globalisasi, masih ada yang nak besurat-surat ya?” sempat Iman bergurau untuk menghilangkan resah di hatinya. Iman tidak gemar akan situasi yang sebegini. Siapa yang gatal-gatal suruh ustaz sampaikan surat ni, buat malu aku saja. Hari tuh dah dapat sepucuk, ini sepucuk lagi.

Ustaz hanya tersenyum, “ jangan tanya siapa yang bagi surat ni pada awak,” ujar ustaz ubaidillah.” okeylah Iman.. saya ada kelas ni,” mata ustaz menghala ke arah jam di tangannya lalu meninggalkan iman tanpa dapat iman bertanya selanjutnya.

Matanya hanya mampu melihat kelibat Ustaz Ubaidillah menghilang dari pandangan, dan tangannya cepat-cepat menyimpan surat yang di beri oleh ustaz tadi ke dalam fail. Nanti-nantilah aku baca.

***********************************************

Iman menutup pintu biliknya sebaik sahaja melihat sahabatnya Suhaida menghilang dari pandangan. Dia melangkah ke katilnya, teman-teman biliknya khusyuk menelaah pelajaran.

Iman cuba melelapkan matanya. Dia merasa mengantuk setelah penat seharian menguruskan program selembar sayang di pusat konvensyen uiam. Namun tidurnya yang baharu tiga minit di kejutkan oleh deringan lagu Tasya dan Duta telefon genggamnya.. siapa pula yang mesej malam-malam buta ni. Nak tidur pun tak senang. Terpapar sebaris ayat dari nombor yang tidak di kenali.

“Sudah baca surat ana, harap enti sudi terima”

Erk.. siapa ni? Salah nombor ke ni. Ada sajalah ulahnya bila aku ingin tidur dengan senang.

“Salam, maaf ana belum membacanya, dan boleh ana tahu siapa enta?” Balasku, aduh nak ber “enta” “enti” pula, lemah betul. Pak Arab mana yang mesej aku malam-malam ni.

Beberapa saat kemudian, balasan sms nya di terima.

“Bacalah sekarang” arahnya

Aduh, siapa pula ni.Ah malaslah nak melayan! Iman cuba memejamkan matanya. Cuba di lelapkan kembali tetapi gagal. Mindanya melayang-layang ke arah surat yang di terimanya petang tadi dan hari, perlu ke aku bagitahu Suhaida pasal surat tu. Kecoh pula Suhaida tu nanti. Tak pasal-pasal satu Qaryah ni tahu ada orang bagi surat kat aku. Iman mengeluh keberatan, siapalah gerangan lelaki yang tidak gentleman tu, kenapa perlu melibatkan Ustaz Ubaidillah dalam soal begini. Sungguh memalukan.

No comments: