Friday, February 27, 2009

Prolog

“Hai kawan, jangan takut jangan resah.” Telefon genggamku bergetar bersama deringan lagu Tasya dan Duta, Jangan takut gelap menandakan ada mesej yang masuk dalam inbox telefon genggamku.

"Lepas ni kita jangan mesej dah boleh tak?"

Satu mesej yang di terima menyebabkan gerakan jantungku laju, kenapa pula dengan dia ni, tiba-tiba tak nak mesej dengan aku pula.

"Kenapa?"

Balasan satu perkataan sudah mencukupi untuk aku tahu jawapannya

"Sebab kita tak nak ada orang fitnah hubungan kita, tapi tak bermakna kat facebook, kat friendster dan Yahoo Mesengger kita tak boleh nak berhubung"

"Oh begitu, bagi kita kalau nak mengelak fitnah, kat mana-mana pun tak payah, betul tak?" balasku laju, sebenarnya geram dengan alasan yang kurang logik darinya.

"Okey, janji lepas ni kita dah tak mesej ek?" balasnya pula

Aku hanya mampu diam, perasaan yang mula berputik untuknya terus padam. Ya, aku sebenarnya tak pernah suka padanya. Pujuk hati ini lagi. Biar, mesej yang terakhir itu tanpa balasan, aku takkan pernah berjanji kerana aku tahu satu hari nanti aku akan mesej juga dengannya.

Perkenalan yang senteng tak akan membawa apa-apa makna, tambahan lagi dengan keadaanku yang berjauh beza dengan kehidupannya yang serba lengkap dan teratur. Mengenali dia dan keluarganya cukup membuatkan aku seratus peratus berubah dan kini dia melafazkan kata perpisahan. Apa yang mampu ku lakukan lagi, aku bukan perempuan yang terhegeh-hegeh mengejar pelangi yang tidak akan sampai di hujung jari.

Astaghfirullah, apa yang merepek-repek fikir sampai pelangi pelangi ni. Mataku menjeling ke arah jam yang berada di atas meja belajarku di satu sudut sebelah tingkap. Jam sudah pun menunjukkan 8.30 malam. Berkira-kira mahu ke library ataupun study di bilik saja?

No comments: