Friday, February 27, 2009

Bab 1

Ketukan pintu bilik yang bertalu-talu mengejukkan lamunanku,namun kaki malas bergerak dan mengharapkan Suzila ataupun Rabiah sahaja merangkap teman sebilik yang membuka pintu untuk tetamu tanpa di undang itu.

“Kak” satu suara memanggilku

Pandangan mata yang terarah ke laptop beralih tempat, memandang empunya suara dan aku tahu suara itu milik siapa, suara Rabiah.

“Kenapa Bya?”Tanyaku pantas.

“Nah,” jawabnya bersama huluran tangan yang memegang sepucuk surat.

Mukaku tidak beriak, namun tangan cepat saja mengambil surat yang di hulurkan oleh Rabiah.

“Terima kasih’’ jawabku

“Surat siapa tu kak? Pakwe ya?” Senyumnya terukir menunjukkan gigi yang cantik tersusun.

“Aduyai, Bya.Ada-ada saja.”Jawabku menafikan apa yang di fikirkan oleh Rabiah itu.

Iyalah tu.” Ejek Rabiah bersama dengan jeliran lidah dan dia berlari pergi meninggalkan aku tatkala tanganku sudah bersiap sedia ingin membaling bantal kecilku.

“Tahu takut” Senyumku dan menggelengkan kepala beberapa kali.

Tanganku pantas membuka lipatan surat yang beri tadi. Fikiran cuba meneka surat ini dari siapa dan untuk apa surat ini di berikan padanya. Bukankah sekarang teknologi sudah maju, baru sebentar tadi aku menggunakan telefon genggamku untuk bermesej dan orang ini menggunakan langkah untuk mengutuskan surat saja. Fikirku, mungkin dia tidak tahu nombor telefonku barangkali.

Hai kawan jangan takut jangan resah,” deringan telefon genggamku bergetar sekali lagi. Aku hanya membiarkan sahaja telefon genggamku. Malas melihat apakah kejutan yang bakal berlaku lagi. Uhh, hari ini pelbagai kejutan yang terjadi dan aku sudah penat.

Getaran telefon bimbit ternyata lama, jika tadi hanya deringan untuk mesej tapi kali ini ia merupakan panggilan. Hurm, baru saja nak baca surat ni, keluhku. Kaki laju mengambil telefon genggamku yang terletak dalam almari.

Panggilan dari Suhaida rupanya, lantas tanganku menekan butang hijau.

“Assalamualaikum Iman,.”Terdengar satu suara di talian sebelah sana.

“Waalaikumussalam, ya kenapa? Tanyaku cepat.

“Kau dah siap belum, kita ada meeting malam ni pukul 9 malam. Aku dah kat bawah ni tunggu kau.” Jawab Suhaida.

Astaghfirullah, aku terlupa lagi, ada meeting bersama badan Gerakan IMAM malam ini.

“Iman..” Jerit Suhaida dari talian sana.

“Ya, aku dengar..aku tengah siap lah ni. Bagi aku 10 minit ya, kau pergi dulu tau, jangan tunggu aku, nanti kau lambat” balasku cepat.

“Okey, aku pergi dulu, Assalamualaikum” Suhaida manamatkan talian tanpa sempatku membalas salamnya.

Sebetulnya memang hari itu penuh dengan kejutan dan di sebabkan itulah Iman kelam kabut memakai kasutnya, kakinya laju menuju ke bilik gerakan persatuan Gerakan IMAM yang berada di blok Akedemik di tingkat 3, perjalanan ke sana memakan masa 15 minit, sepatutnya dia sudah berada di sana. Resah hati Iman Najihah menuju ke bilik gerakan. Terasa jauh perjalanannya untuk tiba di sana secepat mungkin. Dia perlu berterima kasih pada Suhaida kerana menelefonnya tadi, kalau tidak pasti dia akan terlupa untuk menghadiri mesyuarat itu. Tergesa-gesa Iman Najihah mengetuk pintu bilik gerakan tanpa menyedari ketukan Iman sebenarnya seperti mahu merobohkan pintu itu. Mesti mereka semua sedang menungguku, Iman sempat mengerling ke arah jam di tangannya, lewat setengah jam, apa yang perlu aku jawab pada pengerusi nanti. Gugup resah hati Iman, peluh memercik dingin ke mukanya. bukannya dia tidak kenal siapa pengerusinya, seorang yang sentiasa menepati masa. Habislah aku kali ini.

Pintu di kuak, tanpa sempat berkata apa-apa.

“Waalaikumussalam!” jawab suatu suara..

Erk aku ada bagi salam ke tadi, alamak! Kan dah kena perli, tu lah Iman sapa suruh kau ketuk pintu tu kuat-kuat.

‘’Assalamualaikum! Maaf saya terlambat.”

Iman hanya menundukkan mukanya, takut untuk melihat mata-mata yang memandangnya. Barangkali ada yang bengang atau marah dengannya.

‘’Iman, cepatlah duduk! Meeting dah nak mula” celah satu suara lagi. Iman mengangkat mukanya perlahan-lahan, Suhaida tersenyum mesra memandangnya sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah kerusi kosong di sebelahnya yang memang di sediakan khas untuk aku. Aku tengah gelabah boleh pula dia senyum-senyum. Iman berjalan perlahan-lahan menuju ke kerusi di sebelah Suhaida. Ada yang berbisik-bisik sambil memandangku, hanya pengerusi sahaja yang merenung tajam, mungkin tidak senang dengan kelambatanku

“Okey memandangkan orang yang kita tunggu sudah tiba, marilah kita mulakan mesyuarat ini, atau ada sesiapa lagi yang perlu kita tunggu?” Tanya pengerusi kepada semua.

“Ermm sindir aku lah tuh” rungut Iman tapi hanya terluah di dalam hati sahaja.

“Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian” tambah pengerusi lagi.

Dia sindir aku lagi, Muzammil! Muzammil! Dialah lelaki yang menjadi kegilaan anak-anak gadis di Kolej, percakapannya penuh dengan makna tersirat, jarang sekali untuk bercakap banyak, hanya senyuman yang terukir setiap kali menjawab persoalan teman-temannya.

“Suhaida, terima kasih sebab call aku tadi”.

“Saya tak suka kalau saya bercakap di depan ada yang berbisik-bisik di belakang!” Tegas suara Muzammil Suffian memberi amaran.

Suara bisikan ku segera mati, aku hanya mampu menahan rasa malu bila di tegur sekali lagi.

Sabar sajalah duhai hati.

Tepat jam 11 malam, mesyuarat bersurai aku bergegas-gegas bangun untuk meninggalkan mesyuarat itu. Malas menunggu Hidayah, pasti pelbagai soalan yang di tanya nanti. Belum sempat kaki ku melangkah meninggalkan bilik itu..

“Iman” panggil satu suara.

Aku memalingkan muka ku ke arah itu. Glurrrppp getar hatiku semakin laju, apa yang Muzammil nak pada aku ni. Mataku segera melirik pada Suhaida untuk menolongku. Haa tu pun dia, tapi hanya senyum mengejek saja yang terbit dari memek muka Suhaida. Saja nak mengenakan aku.

“Err.. err….ya saya!” jawabku gugup..

aisshh Iman Najihah, kenapa kau perlu takut pada Muzammil pula, pujuk hatiku.

“Proposal pasal pembukaan kedai dekat masjid tu dah siap?” Tanya Muzammil memandangku.

“Hah? Aku ke yang ke buat proposal tuh..” tapi tak terluah dek percakapan

“Dah!” jawabku..alamak, kenapa jawapan ini yang keluar pulak dari lidahku..habislah aku.

“Saya nak proposal tu esok petang” arahnya dan terus meninggalkan ku tanpa ucapan salam.

“Sombongnya..” detik hatiku

“Hah kenapa muka kau macam jumpa hantu?” sergah Suhaida

“Erk..terkejut aku..wei bagi la salam.. kau ni sama je macam MUzammil tu.” Rajuk Iman.

Suhaida tersengih, “ala dapat jumpa mamat sebijik macam Brad Pitt pun kau gelabah.”

Brad Pitt?? Siapa..? tanyaku hairan..

“Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu” Suhaida berpantun.

Iman menjulingkan mata.. “Siapa? Nak berpantun pula”

“Muzammil la mangkuk!”

“Mangkuk? Siapa yang mangkuk?”cerlangku pada Suhaida.

“Marah nampak?” ucapnya dalam ketawa.

“Muzammil sikit punya macam ustaz kau kata dia macam Brad Pitt” Jawabku terkejut.

“Aik..puji Muzammil nampak, tak pernah pun aku dengar kau puji budak lelaki.” Usik Suhaida, ketawanya masih tidak usai.

Ish geramnya aku dengan Suhaida ni..

“Aku cepuk kau baru tahu,memandai jek la..memang betul pun kan dia tuh baik” belaku.

“Eh, dahla Iman, kau sekarang dah pandai datang lambat ek, pastu dah pandai marah-marah.” Omel Suhaida sambil mencubit lenganku

“Sakitlah Suhaida” jeritku. Tanganku pantas mengosok-gosok lenganku yang terasa perit.

“Jomlah Suhaida, jam dah pukul 11.30!” ajak ku lagi.

Seiringan kami berjalan merentasi padang untuk pulang ke Qaryah tanpa menyedari ada mata yang mengawasi kami pulang.

Pulang ke Qaryah ,teman-teman bilikku semuanya sudah berada di katil masing-masing. Hanya Rabiah sahaja yang ku lihat sedang sibuk menelaah pelajaran. Yang lain apa lagi bergayut dengan buah hati masing-masing lah tu.

“Baru pulang kak?” sapa Rabiah

“A’ah dik” Jawabku malas.

Mataku sudah menunjukkan frasa-frasa mahu tidur. Kaki ku laju menuju ke katil. Fuhh!! Penat sungguh!! Badanku jatuh menghempas tilam. Selamat malam Malaysia.

No comments: